Wednesday, 4 May 2011
PERMULAAN
Hari ini sememangnya adalah hari yang istimewa buat diriku kerana aku telah berjaya mengharungi jadual kuliah yang agak padat.Kuliah pagi dan kuliah petang yang mewujudkan seribu satu makna dalam kamus hidupku. Walaupun berat hatiku untuk mengambil keputusan ini, tapi aku terpaksa jua harungi 'shortsem' ini dengan hati yang tabah. Semoga pengalamn ini dapat menambahkan algi kekuatan aku untuk berjaya.Aku mengambil 3 mata pelajaran untuk 'shortsem' ini. Namun, aku tidak menganggapnya sebagai halangan untuk aku mencapai keputusan yang cemerlang. Sebenarnya, aku masih lagi dalam 'enjoy mood'. Maklumlah minggu lepas baru selesai 'final exam'. Minggu pertama 'shortsem' ni, aku belajar banyak perkara baru kerana kawan-kawan lama sudah pulang ke kampung halaman masing-masing. 'Jealous' dengan mereka? Kemungkinan perasaan itu wujud tetapi dalam kadar yang sedikit.Aku pula terpaksa mengharungi kuliah di UKM ni selama 2 bulan! Agak lama bagiku, tetapi aku kuatkan juga semangat belajarku. Bak kata pepatah melayu 'Bersusah-susah dahulu, bersenag-senang kemudian'. Tinggal di kolej baru dan berkenalan dengan rakan-rakan baru telah aku jadikan sebagai pengalaman baru dalam hidupku. Terasa bagai baru belajar di UKM walhal aku sudahpun tahun dua di sini. Kuliah pada waktu petang tadi adalah Penulisan Kreatif. Pensyarahnya bernama PM Dr Mawar Shafei. Beliaulah yang menyuruhku membuat sebuah blog. Bukan aku sahaja, tetapi juga kepada rakan-rakan baruku yang lain. Maka, terciptalah blog ini yang dicipta khas untuk kursus Penulisan Kreatif. Pada awalnya, aku hanya mengambil kursus ini semata-mata hanyalah untuk memenuhi jumlah unit. Tetapi, setelah lama kelamaan aku semakin memahami manfaatnya hasil daripada pembelajaran kuliah ini. Dengan penerangan daripada beliau, aku bertekad untuk berusaha bersungguh-sungguh di dalam kuliah ini seterusnya mendapat keputusan yang cemerlang kelak. Aku berharap, beliau tidak kecewa dengan anak-anak muridnya sepanjang perkuliahan kami nanti. Setakat ini sahaja petikan pertama blogku ini. Jumpa lagi di kemudian hari. InsyaAllah.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Sdr Mohd Izzat,
ReplyDeletetahniah untuk blog ini.
oh, kita ada dua nama Izzat dalam kuliah ya?
ya dr mawar,kawan sekelas saya juga bernama izzat.(^^,)
ReplyDelete