Monday, 23 May 2011
MALANG TIDAK BERBAU
Pada hari ini, aku rasakan seperti hidupku dipenuhi pelbagai dugaan dan cabaran. Sudahlah pengecas laptopku tertinggal di kampung, kerja-kerja yang diberikan pensyarah belum lagi disiapkan. Dugaan..dugaan..dugaaann.. Tetapi aku sudah bepesan pada kawan sekampungku yang belajar di UITM Shah Alam supaya membawa pengecas laptopku pada hari ini. Ini kerana, dia akan pulang ke Shah Alam pada pagi ini. Kemudian, aku akan pergi ke Shah Alam pada jam 1 petang untuk mengambil pengecas daripadanya. Tidak perlulah aku bersusah payah pulang ke kampung semata-mata untuk mengambil pengecas. Jadual kuliahku berjalan seperti biasa, namun apa yang membuatkan aku tertekan adalah kerana pelbagai masalah datang melimpah-limpah umpama hujan batu turun menimpa diriku. Kuliahku bermula pada jam 8 pagi. Seawal jam 6.30 pagi aku sudah menyiapkan diriku dengan semangat berkobar-kobar untuk pergi ke kuliah. Setelah itu, aku pergi ke garaj motor. Aku terkasima melihat keadaan motor kesayangku. "Aduuuhhhh!!!!sight mirle da kene curik!!dua2 pulak tu!". Menyusahkan orang betul. Selepas tamat kuliah pada tengah hari, terpaksa jualah aku pergi ke kedai motor untuk membeli sight mirle yang baru. Ini kerana kawanku sudah menunggu di Shah Alam. Aku pergi ke Shah Alam dengan sight mirle yang baru walaupun dalam hati menyumpah-nyumpah."Habis melayang duit aku. Alangkah bagus sekiranya duit itu aku gunakan untuk beli buku Dr Mawar!" Setibanya di Shah Alam, kawanku memberi barang yang aku telah pesan tadi. Kami berborak dalam 30 minit, lepas tu dia balik semula ke UITM. Tiba-tiba, hujan turun dengan lebatnya seprti hatiku yang dilanda kesedihan dengan nasib yang menimpa diriku. Terpaksalah aku menunggu sehingga hujan berhenti turun. Setelah 2 jam menunggu, akhirnya hujan pun mulai reda. Aku pulang semula ke Bangi dengan perasaan yang bercampur baur ditambah pula penat yang melampau. Waktu malam ini aku gunakan sebagai waktu untuk aku menyiapkan cerpen Dr Misran. Sambil-sambil itu, aku mengarang post terbaru di blog ini. Hilang sedikit tekanan aku setelah luahkan dalam blog penulisan kreatif ni. Moral dalam cerita ini adalah 'Janganlah kita mencuri harta orang lain'. Ianya bukan sahaja mendatangkan keburukan kepada diri sendiri, malahan menyusahkan hidup orang lain. Ingatlah bahawa doa orang teraniaya akan termakbul. Insyaallah.....
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment