Monday 30 May 2011

DAGING BLACK PAPER

Bau masakan ibu di dapur sangat menusuk dalam hingga ke dasar hatiku. Hidungku tidak berhenti-henti mencium bau hidangan ibuku itu sehingga membuatkanku seperti manusia yang terlalu taksub dengan bau makanan. Namun, itu tidak sedikit pun membuatkanku peduli dengan kata-kata sinis daripada adik-beradikku yang lain. Ibu memiliki kepakaran yang begitu tinggi dalam bidang masakan. Sebutlah apa sahaja jenis masakan yang wujud di dunia ini. Nescaya ibuku mengetahu segala-galanya. Aku kagum dengan ibu dan masakannya adalah yang paling terbaik sepanjang hidupku. Sejak kecil lagi aku tidak didedahkan dengan persekitaran di dapur.Ini mungkin kerana sudah menjadi kebiasaan sebagai kaum lelaki,aku sememangnya tidak digalakkan memasak di dapur. Namun, langit tidak selalunya cerah. Dalam usia yang semakin dewasa, aku terpaksa akur bahawa aku perlu mendalami dunia masakan. Walau tidak dapat mendalami sekalipun, cukuplah sekadar mengetahui serba sedikit resipi yang mudah untuk difahami. Setelah aku tamat STPM, aku telah berkerja sementara di Subang Jaya. Kehidupan di sana amat berbeza dengan kehidupanku sebelum ini. Di kampung, segala urusan kehidupanku mudah kerana dibantu oleh kedua-dua orang tuaku. Namun di bandar, kehidupanku disulami dengan pelbagai onak dan duri. Aku belajar bagaimana untuk hidup berdikari. Di sini jualah aku belajat pelbagai jenis resipi sebagai hidangan makananku di rumah sewa. Ini dapat menjimatkan wang perbelanjaan harianku. Masakan yang paling aku gemari adalah 'Daging Black Paper'. Kini, aku berkata kepada diriku sendiri. Aku tidak perlu memerlukan bantuan sesiapa. Kalau aku sudah berjaya meranjaui pelbagai rintangan dan pahit maung dalam kehidupanku sendiri sehingga tegak begini, mengapa aku harus mengimpikan sokongan dan bantuan daripada kedua-dua orang tuaku. Sekarang, adalah masa yang sesuai untuk aku mmbuktikan segala pengorbanan dan usaha mereka selama ini tidak sia-sia. Giliranku pula untuk membalas segala budi mereka sebelum ini dengan menjaga kebajikan dan menghormati mereka. Ini sedikit sebanyak dapat meringankan beban mereka dan membuatkan hati mereka tersenyum girang.




BAHAN-BAHAN

500g daging - dihiris nipis direbus hingga empuk (ada yg terus goreng tapi saya rebus dulu takut tak empuk...keras dll)
1camca teh serbuk kunyit
garam
sedikit minyak untuk menggoreng
1/4 cawan kicap pekat (saya pakai kicap manis cap kipas udang)
4-5 sudu sos tiram
1 sudu teh serbuk lada hitam
sedikit air untuk kuah...

bahan ditumbuk
7 biji bwg merah 
5 ulas bwg putih 
1 inci halia

cili merah, cili hijau dan bawang besar dipotong bulat sebagai hiasan


CARA-CARA

1. Perap daging yang sudah direbus dengan kunyit dan garam lehih kurang 15 minit
2. Goreng daging kira-kira 5 minit jangan garing sangat sebab kita dah rebus tadi..nanti keras dagingnya
3. masukkan bahan yang ditumbuk bersama-sama tadi hingga naik bau, kalau nak berkuah letak sikit air.
4. kemudian masukkan kicap, sos tiram dan lada hitam. biarkan masak
5. akhir sekali masukkan bawang besar, cili hijau dan cili merah. Sudah siap..boleh dah makan :)

DUNIA

Tik Tok Tik Tok.... Kedengaran hanya bunyi detikan jam berulang kali menandakan semakin lewatnya malam. Waktu pagi kian menjengah. Malam yang sunyi sepi ini, aku duduk di sisi tingkap sambil merenung bulan. Bintang yang selalunya berkerdipan dan bergemerlapan tidak langsung kelihatan. Hanya tiupan angin malam sepoi-sepoi bahasa sahaja yang dijadikan sebagai peneman waktuku dikala ini. Terlintas sejenak di dalam hati, alangkah indahnya dunia sekiranya suasana aman seperti ini berterusan selama-lamanya. Tiada kejadian jenayah mahupun huru hara yang semakin bermaharajalela sejak akhir-akhir ini. Aku bersyukur kerana masih lagi diberikan peluang oleh tuhan untuk masih lagi bernafas dan menikmati segala nikmat yang telah dikurniakanNya. Dalam waktu yang sama, aku bersimpati atas nasib yang menimpa saudara-saudara Islamku di Palestin. Mereka sentiasa hidup dalam ketakutan, hura hara. Namun, semangat mereka sentiasa membara untuk mempertahankan hak dan maruah mereka. Akanku jadikan cerita mereka sebagai panduan hidupku supaya kuat dalam menempuhi segala cabaran-cabaran dan liku-liku hidupku pada hari-hari yang mendatang..

NUKILAN DARIPADA LIRIK LAGU: DUNIA (NYANYIAN BUNKFACE)...
Gelisah tak bermaya
Manipulasi antara kita
Dan bencana yang melanda
Generasiku menjadi mangsa
Dan ini bukan lagi
Seperti yang kau impikan
Percaya kataku

Aku bimbangkan dunia
Tiada cahaya ku terima
Aku tentang segalanya
Moga kau akan turut serta
Di dunia kuasa sementara
Komunikasi tiada makna

Dan tindak balas ego yang ku terima
Tiada perasaan kecewa
Dan ini bukan lagi
Seperti yang kau impikan
Percaya kataku

Aku bimbangkan dunia
Tiada cahaya ku terima
Aku tentang segalanya
Moga kau akan turut serta
Di dunia kita
Lalalalala oh oh oh oh
oh oh oh oh

Monday 23 May 2011

MALANG TIDAK BERBAU


Pada hari ini, aku rasakan seperti hidupku dipenuhi pelbagai dugaan dan cabaran. Sudahlah pengecas laptopku tertinggal di kampung, kerja-kerja yang diberikan pensyarah belum lagi disiapkan. Dugaan..dugaan..dugaaann.. Tetapi aku sudah bepesan pada kawan sekampungku yang belajar di UITM Shah Alam supaya membawa pengecas laptopku pada hari ini. Ini kerana, dia akan pulang ke Shah Alam pada pagi ini. Kemudian, aku akan pergi ke Shah Alam pada jam 1 petang untuk mengambil pengecas daripadanya. Tidak perlulah aku bersusah payah pulang ke kampung semata-mata untuk mengambil pengecas. Jadual kuliahku berjalan seperti biasa, namun apa yang membuatkan aku tertekan adalah kerana pelbagai masalah datang melimpah-limpah umpama hujan batu turun menimpa diriku. Kuliahku bermula pada jam 8 pagi. Seawal jam 6.30 pagi aku sudah menyiapkan diriku dengan semangat berkobar-kobar untuk pergi ke kuliah. Setelah itu, aku pergi ke garaj motor. Aku terkasima melihat keadaan motor kesayangku. "Aduuuhhhh!!!!sight mirle da kene curik!!dua2 pulak tu!". Menyusahkan orang betul. Selepas tamat kuliah pada tengah hari, terpaksa jualah aku pergi ke kedai motor untuk membeli sight mirle yang baru. Ini kerana kawanku sudah menunggu di Shah Alam. Aku pergi ke Shah Alam dengan sight mirle yang baru walaupun dalam hati menyumpah-nyumpah."Habis melayang duit aku. Alangkah bagus sekiranya duit itu aku gunakan untuk beli buku Dr Mawar!" Setibanya di Shah Alam, kawanku memberi barang yang aku telah pesan tadi. Kami berborak dalam 30 minit, lepas tu dia balik semula ke UITM. Tiba-tiba, hujan turun dengan lebatnya seprti hatiku yang dilanda kesedihan dengan nasib yang menimpa diriku. Terpaksalah aku menunggu sehingga hujan berhenti turun. Setelah 2 jam menunggu, akhirnya hujan pun mulai reda. Aku pulang semula ke Bangi dengan perasaan yang bercampur baur ditambah pula penat yang melampau. Waktu malam ini aku gunakan sebagai waktu untuk aku menyiapkan cerpen Dr Misran. Sambil-sambil itu, aku mengarang post terbaru di blog ini. Hilang sedikit tekanan aku setelah luahkan dalam blog penulisan kreatif ni. Moral dalam cerita ini adalah 'Janganlah kita mencuri harta orang lain'. Ianya bukan sahaja mendatangkan keburukan kepada diri sendiri, malahan menyusahkan hidup orang lain. Ingatlah bahawa doa orang teraniaya akan termakbul. Insyaallah.....

Wednesday 4 May 2011

PERMULAAN

Hari ini sememangnya adalah hari yang istimewa buat diriku kerana aku telah berjaya mengharungi jadual kuliah yang agak padat.Kuliah pagi dan kuliah petang yang mewujudkan seribu satu makna dalam kamus hidupku. Walaupun berat hatiku untuk mengambil keputusan ini, tapi aku terpaksa jua harungi 'shortsem' ini dengan hati yang tabah. Semoga pengalamn ini dapat menambahkan algi kekuatan aku untuk berjaya.Aku mengambil 3 mata pelajaran untuk 'shortsem' ini. Namun, aku tidak menganggapnya sebagai halangan untuk aku mencapai keputusan yang cemerlang. Sebenarnya, aku masih lagi dalam 'enjoy mood'. Maklumlah minggu lepas baru selesai 'final exam'. Minggu pertama 'shortsem' ni, aku belajar banyak perkara baru kerana kawan-kawan lama sudah pulang ke kampung halaman masing-masing. 'Jealous' dengan mereka? Kemungkinan perasaan itu wujud tetapi dalam kadar yang sedikit.Aku pula terpaksa mengharungi kuliah di UKM ni selama 2 bulan! Agak lama bagiku, tetapi aku kuatkan juga semangat belajarku. Bak kata pepatah melayu 'Bersusah-susah dahulu, bersenag-senang kemudian'. Tinggal di kolej baru dan berkenalan dengan rakan-rakan baru telah aku jadikan sebagai pengalaman baru dalam hidupku. Terasa bagai baru belajar di UKM walhal aku sudahpun tahun dua di sini. Kuliah pada waktu petang tadi adalah Penulisan Kreatif. Pensyarahnya bernama PM Dr Mawar Shafei. Beliaulah yang menyuruhku membuat sebuah blog. Bukan aku sahaja, tetapi juga kepada rakan-rakan baruku yang lain. Maka, terciptalah blog ini yang dicipta khas untuk kursus Penulisan Kreatif. Pada awalnya, aku hanya mengambil kursus ini semata-mata hanyalah untuk memenuhi jumlah unit. Tetapi, setelah lama kelamaan aku semakin memahami manfaatnya hasil daripada pembelajaran kuliah ini. Dengan penerangan daripada beliau, aku bertekad untuk berusaha bersungguh-sungguh di dalam kuliah ini seterusnya mendapat keputusan yang cemerlang kelak. Aku berharap, beliau tidak kecewa dengan anak-anak muridnya sepanjang perkuliahan kami nanti. Setakat ini sahaja petikan pertama blogku ini. Jumpa lagi di kemudian hari. InsyaAllah.