Setiap manusia tidak dapat lari daripada sebarang masalah. Tidak kiralah masalah tersebut masalah besar ataupun masalah kecil. Ada yang tabah menghadapi situasi tersebut dan ada juga yang cepat berputus asa. Perlu diingat bahawa setiap masalah ada jalan penyelesaiannya. Atasinya secara berperingkat-peringkat disulami dengan hati dan jiwa yang tenteram. Seseorang tidak dapat menyelesaikan masalah sekiranya minda dan jiwanya digaul secara terpaksa sehingga ianya berkecamuk. Keluarga adalah agen paling terbaik bagi seseorang sebagai tempat untuk mengadu masalah. Sekiranya sudah berumah tangga pula, pasangan menjadi tempat untuk berkongsi masalah. Rakan-rakan juga boleh dijadikan agen untuk berkongsi masalah asalkan mereka boleh dipercayai. Kebiasaannya, remaja merupakan golongan yang mengalami risiko tinggi tidak dapat menyelesaikan masalah mereka dengan kaedah yang benar. Golongan dewasa dapat menyelesaikan masalah dengan dibantu oleh pasangan masing-masing. Sekiranya dalam masalah konflik rumah tangga pula, setiap badai yang melanda haruslah diatasi dengan perbincangan yang baik antara suami dan isteri. Remaja memerlukan sokongan daripada seseorang ataupu pihak-pihak tertentu supaya dapat memandu mereka bagaimana jalan yang terbaik untuk menyelesaikan setiap masalah yang mereka hadapi. Dengan adanya bimbingan dan sokongan, nescaya ianya akan menjadikan mereka lebih bersemangat untuk menyelesaikan masalah tanpa adanya sikap berputus asa.
Tuesday, 7 June 2011
MASALAH

Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment